Terima kasih kerana melawat blog RETRO SOUND STUDIO
Retro Sound Studio

Isnin, 9 April 2012

Tom Jones Singapura, Ismail Haron meninggal dunia

Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura iaitu Ismail Haron meninggal dunia dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang.

Pengurus syarikat rakaman Produksi Matahati, Maria Satar berkata, Allahyarham dipercayai terkena serangan jantung.

“Sewaktu kejadian, kakak Allahyarham iaitu Halimah Haron keluar rumah. Ketika dia pulang, dia cuba kejutkan Allahyarham dan terkejut kerana Allahyarham tidak bergerak,” katanya

Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu.

Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.

Allahyarham terkenal dengan lagu-lagu Delailah, Dendamku Kerana Maria, Senyum Terakhir dan Mari Menari.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi Selasa, 10 April 2012.

Rabu, 30 November 2011

Bertemu Jatt Ali BDB pada 30/11/2011

Pertemuan yang tak dirancang akhirnya terlaksana jua. Bro Jatt dan isteri amat sempoi! Last jumpa pada bulan Oktober, 2009 di Persada Johor masa Black Dog Bone mengadakan persembahan disana. Anyway, terima kasih bro Jatt kerana sudi melayan kedatangan saya. Seronok dapat bertemua otai.

Isnin, 7 November 2011

Pak Ali, gramofon & piring hitam (disiarkan di Mingguan Malaysia 6/11/2/11)

Pak Ali, gramofon & piring hitam




HARTA’ yang dimilikinya sekarang merupakan khazanah paling berharga buat usahawan ubat-ubatan tradisional yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang ini.

Malah dia berbangga kerana menjadi pewaris paling layak kepada gramofon kesayangan datuknya, Allahyarham Hamad Arshad.

Mandat penjagaan diterima apabila Ali Ahmad Ariff menunjukkan minat yang sama dengan datuknya sejak berusia 13 tahun.

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, berita gembira itu disambut riang lelaki yang mesra dipanggil Pak Ali.

“Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bangganya saya bila arwah datuk mewariskan pemain muzik kesayangannya itu kepada saya,” reaksi awal ketika ditanya latar belakang koleksinya itu.

Tambahan pula masyarakat Melayu sekitar tahun 40-an mengkategorikan pemilik peti nyanyi termasuk radio sebagai orang kaya.

Persepsi itu wujud lantaran hiburan sebenar ketika itu sukar diperoleh dan hanya dinikmati di kalangan individu golongan yang mempunyai kewangan kukuh.

Kepayahan

Sejak itu, lelaki berusia 64 tahun ini memulakan siri pencarian piring hitam artis tempatan dan antarabangsa.

Antara yang dimiliki piring hitam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Begawan Solo dari Indonesia.

Turut diminati Pak Ali adalah koleksi lagu-lagu rakyat dan himpunan lagu klasik jazz, R&B yang popular sekitar tahun 40-an.

Semuanya adalah rekod asli yang dibeli dari semasa ke semasa sehingga jumlah keseluruhan koleksi piring hitamnya mencecah 400 keping.

Muzik yang sudah sebati dengan dirinya dek dimainkan setiap hari itu juga menjadi nadi dan menyuntik semangat Pak Ali untuk menjalani kehidupan seharian.

Ditanya mengenai kepayahan menjaga koleksinya itu, katanya, penjagaan kulit setiap rekod simpanannya menuntut perhatian yang lebih.

Kebanyakannya tidak tahan lasak dan mudah koyak sehingga dikhuatiri menjejaskan kualiti keseluruhan piring hitam terutama jika ada calar.

Selain itu, bapa kepada dua anak ini juga cukup berhati-hati di bahagian jarum gramofon kerana alat ganti sukar untuk dicari.

Khamis, 29 September 2011

Bercuti ke Beijing, China

Start:     Oct 3, '11 12:00a
End:     Oct 7, '11
Company trip to Beijing, China. Nak rehatkan minda lepas raya. Harap2 blh refresh minda kat sana. Doakan selamat pergi dan kembali. Insyaallah.