Terima kasih kerana melawat blog RETRO SOUND STUDIO
Retro Sound Studio

Isnin, 24 Mei 2010

Gegar - 14 Lagu-lagu Hits, Artis-artis Popular (BMG 74321-47178-2) 1997




Akan datang di Retro Sound Studio. DOWNLOAD HANYA UNTUK CONTACT SAHAJA.

Bit Rate: 320 kbps
Audio Sample Rate: 44000 hz
Channels: Stereo

Khamis, 20 Mei 2010

Hanya lagu terakhir hidupkan konsert - Disiarkan di utusan Malaysia pada 20/5/2010

Hanya lagu terakhir hidupkan konsert


DEEP Purple Asia 2010 Live In Malaysia berjaya menarik hampir 7,000 penonton di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.


SEAWAL pukul 6 petang lagi, Arena of Stars di taman tema Genting Highlands, Pahang sudah dipenuhi para pengunjung. Tumpuan pada petang dan malam itu bukannya di taman tema terkenal di atas puncak bukit peranginan tersebut.

Sebaliknya, ramai pengunjung terutamanya yang berusia 40 tahun ke atas berpusu-pusu menuju ke Arena of Stars kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert terbaru kumpulan terkenal, Deep Purple di situ.

Ramai yang tentunya mahu melepaskan rindu menyaksikan konsert kumpulan rock legenda berasal dari Hertford, England itu. Kali terakhir Deep Purple mengadakan konsert di negara ini ialah pada tahun 2001.

Kunjungan kali keempat kumpulan rock yang ditubuhkan pada 1968 itu benar-benar berjaya menarik perhatian para peminat mereka. Buktinya malam Ahad lalu Arena of Stars dibanjiri hampir 7,000 penonton kumpulan terbabit.

Malah, pada kira-kira pukul 7.30 malam ruang pusat pementasan itu sudahpun dipenuhi para peminat meskipun persembahan Deep Purple dijadualkan bermula pukul 8 malam.

Biarpun dipenuhi ribuan penonton, tetapi Arena of Stars tidaklah seriuh konsert-konsert biasa. Mungkin antara faktornya kerana hampir separuh daripada peminat yang hadir pada malam itu terdiri daripada mereka yang berusia 40-an.

Menyaksikan konsert yang diberi nama Deep Purple Asia 2010 Live In Malaysia itu umpama sebuah majlis yang penuh dengan kesopanan. Tiada jerit pekik, menyanyi bersama-sama mahupun aksi mengangguk-anggukkan kepala di kalangan penontonnya.

Apatah lagi, ruang tempat duduk bahagian hadapan yang menepatkan tiket paling mahal berharga RM468 disediakan kerusi empuk beralaskan pembalut putih bersih menambahkan lagi suasana sopan pada konsert itu.

Jam menunjukkan pukul 8.15 malam apabila Ian Gillan selaku vokalis utama Deep Purple muncul ke depan pentas diikuti Steve Morse (gitaris) mendapat tepukan ala-ala kadar sahaja daripada para penonton.

Jeritan para peminat yang kedengaran juga seperti suara anak dara pingitan yang begitu menjaga tatasusila dalam budaya Timur sewaktu seorang demi seorang anggota kumpulan itu tampil di pentas.

Bagaimanapun kemunculan Steve dan Ian itu yang diikuti pula oleh Don Airey (keyboard), Roger Glover (bass) serta Ian Paice (dram) cuma menambahkan sedikit lagi jeritan, sorakan dan tepukan pada malam itu.

Lampu sorot mula menghala ke setiap anggota Deep Purple, desingan petikan gitar Steve yang mengalunkan melodi lagu pertama mereka berjudul Highway Star, namun suasana sorakan masih belum berada di tahap maksima.

Lagu pembuka tirai itu bukan sahaja salah satu lagu popular kumpulan yang boleh dikategorikan sebagai legenda tersebut. Malah, kerancakan lagu itu juga belum benar-benar menarik perhatian dan penghayatan para penonton.

Para peminat yang mungkin baru hendak memanaskan badan kerana suhu dingin di luar arena itu hanya sekadar menonton dan bertepuk tangan saat lagu itu melabuhkan melodinya.

Keadaan yang sama terus berlanjutan daripada satu lagu ke lagu seterusnya. Deep Purple selepas itu meneruskan persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu seperti Speed King, Space Truckin, Strange Kind of Woman dan Hush.

Malah, Ian yang mengeluarkan sepenuh tenaga pada usia emasnya sewaktu menyanyikan lagu yang rancak seperti Black Night dan Perfect Strangers juga tidak banyak mendapat respons yang agresif daripada para penonton.

Bagaimanapun, suasana 'tonton dan layan' daripada para penonton itu terus berlarutan sehinggalah lagu terakhir Deep Purple pada malam itu yang berjudul Smoke On The Water.

Suasana tiba-tiba berubah apabila para penonton terutamanya yang berusia 20-an dan 30-an mula meredah bahagian hadapan pentas lalu menari, mengangguk-anggukkan kepala dan menyanyikan lagu itu bersama-sama Ian.

Hampir 200 penonton menyerbu ke bahagian depan pentas bagi memberi sokongan terhadap alunan lagu itu. Pada masa sama, seluruh penonton yang sebelum itu duduk tiba-tiba bangun sambil menjerit, bertepuk tangan dan menyanyikan lagu Smoke On The Water beramai-ramai.

Biarpun rasa keterujaan para penonton hanya lahir pada saat-saat akhir iaitu selepas lebih 90 minit konsert itu berlangsung tetapi ia tetap memberi kepuasan bukan sahaja kepada para penonton tetapi juga kumpulan tersebut.

Daripada segi bilangan penonton pula, konsert terbaru Deep Purple itu boleh dianggap antara yang berjaya sejak konsert pertama mereka di negara ini pada 1982 diikuti 1999 dan 2001.

Ini kerana, dengan tiket berharga RM468, RM368, RM268 dan RM168 itu, konsert kumpulan lima anggota itu boleh dianggap berjaya berdasarkan ruang kapasiti arena yang dipenuhkan pada malam tersebut.

Senario itu membuktikan meskipun setiap anggota Deep Purple rata-rata berusia 60-an tetapi tenaga dan gaya persembahan mereka masih tidak jauh berbeza sewaktu zaman hippies mereka dengan berseluar bootcut dan berambut panjang.

Ian misalnya masih ligat menari meliuk lintuk ala-ala penari padang pasir menelurusi petikan keyboards Don Airey yang seakan-akan bereksperimen dengan pelbagai alunan gaya bunyi-bunyian yang pelik-pelik.

Sayangnya, konsert selama hampir dua jam itu adalah suatu ruang lingkup yang agak terhad dalam melunaskan banyak lagi lagu-lagu Deep Purple yang tidak terungkap pada malam tersebut.

Sebagai contohnya, pada malam itu kumpulan yang juga boleh digelar 'the living legend' itu tidak membawakan lagu slow mereka yang paling popular iaitu Soldier of Fortune.

Malah, lagu-lagu popular Deep Purple seperti Woman From Tokyo dan Any Fule Know That juga tidak dipersembahkan oleh kumpulan itu yang telah menghasilkan lebih 17 album sepanjang 42 tahun mereka ditubuhkan.

Walau apa pun, para penonton yang keluar dari Arena of Stars mampu tersenyum puas dengan imbauan lagu-lagu Deep Purple masih dirindui ramai dalam suasana hujan lebat yang mula turun saat konsert anjuran ZI Production Sdn. Bhd., itu melabuhkan tirainya pada malam tersebut.

Selasa, 18 Mei 2010

Crash - Layar Nahkoda (MVCD 2002 022) 2002




Akan datang di RETRO SOUND STUDIO. DOWNLOAD UNTUK CONTACT SAHAJA.

CD Version
Bit Rate: 320 kbps
Audio Sample Rate: 44000 hz
Channels: Stereo

Kumpulan Crash melalui vocalistnya Amar pernah muncul sebagai pelakun undangan dalam telemovie cd 'Gosok' lakunan Tam dari kumpulan Spider.

Ahad, 16 Mei 2010

Alleycats - Alleycats 2001 (Universal Music 1593962) 2000




Akan datang di RETRO SOUND STUDIO. DOWNLOAD UNTUK CONTACT SAHAJA.

CD Version
Bit Rate: 320 kbps
Audio Sample Rate: 44000 hz
Channels: Stereo


KLIK DISINI untuk album muzik.

Rabu, 12 Mei 2010

15 tahun perjuang lagu Melayu di UK - dipetik dari Utusan Malaysia 13/05/2010

15 tahun perjuang lagu Melayu di UK


ELEMEN Melayu dan nusantara sukar dilekangkan daripada imej Art Fazil.


SEBAGAI anak kelahiran Singapura, Art Fazil mungkin boleh berbangga kerana dia dibesarkan dalam suasana hidup di kota metropolitan di republik tersebut. Namun, daripada sudut bahasa dan budaya berteraskan kemelayuan pula, tidak banyak yang boleh dibanggakan oleh penyanyi dan pemuzik berusia 43 tahun itu di negaranya.

Menyedari senario tersebut, Art Fazil atau nama sebenarnya Fazil Sultan tidak pernah jemu memperjuangkan budaya dan bahasa menerusi lagu-lagu nyanyiannya.

Walau di mana dia berada termasuklah sewaktu mengadakan persembahan-persembahan di luar negara seperti United Kingdom (UK) sekalipun, dua elemen itu tidak pernah dilupakannya.

Art Fazil yang sudahpun 15 tahun menetap di London misalnya, bangga menampilkan lagu-lagu yang sarat dengan unsur bahasa dan budaya Melayu di dalamnya seperti lagu-lagu rakyat.

Tidak hairanlah anak kelahiran Woodlands, Singapura itu sedia merakamkan lagu-lagu rakyat dalam album terbarunya berjudul Syair Melayu terbitan Life Records, baru-baru ini.

Menurut Art Fazil, selama lebih sedekad berada di ibu kota UK itu, dia terus memperjuangkan lagu-lagu Melayu dalam persembahan yang diadakannya di merata-rata kelab di sana.

Malah, bekas anggota kumpulan Rausyanfikir itu pernah menganjurkan London Malay Festival di London pada 2005 bagi mempromosikan budaya dan kesenian Melayu.

"Pada festival itu, kami menjemput wakil penggiat seni dan budaya Melayu dari negara seperti Afrika Selatan, Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

"Setiap negara akan mewakili budaya Melayu masing-masing. Indonesia contohnya menampilkan tarian jaipong dan Malaysia tarian wau bulan.

"Saya lakukan itu dengan tujuan menyatukan bahasa, budaya dan kesenian Melayu yang boleh dikatakan serumpun," katanya selepas sesi fotografi dengan Hits baru-baru ini.

Tambah Art Fazil, festival yang diadakan di Victoria Hall, London itu telah dihadiri lebih 2,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum yang ingin mengetahui tentang budaya Melayu.

Singapura, KL dan London

Sebagai komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik, Art Fazil menjadikan London sebagai tumpuan utamanya dalam mengembangkan bidang seni yang diceburinya sejak 20 tahun lalu.

Pada masa sama, anak seni yang pernah dibesarkan di Skudai, Johor dari usia setahun hingga tujuh tahun ini juga terpaksa berulang-alik ke Singapura dan Kuala Lumpur (KL).

Kata Art Fazil, dia menghabiskan masa hampir setahun berulang-alik dari Singapura ke KL untuk menyiapkan pembikinan album Syair Melayu yang memuatkan lebih 10 lagu-lagu rakyat.

"Saya tinggal di London sejak tahun 1995 sehinggalah sekarang. Sewaktu di sana iaitu pada tahun 2005 idea untuk merakamkan album lagu-lagu rakyat itu mula tercetus.

"Idea ini bukan sesuatu yang baru kerana lagu-lagu rakyat sudah banyak kali dirakamkan oleh ramai penyanyi. Apatah lagi, lagu-lagu rakyat tidak diketahui siapa yang menciptanya.

"Ia mungkin sudah dinyanyikan secara turun-temurun 200 hingga 300 tahun lalu. Jadi saya ambil pendekatan yang sama tetapi mengolahnya dalam nafas yang baru," ujarnya.

Antara lagu yang dimuatkan menerusi album itu berjudul Nenek Si Bongkok Tiga dan Lagu Tiga Kupang di mana ia sesuai dihayati oleh semua pendengar terutamanya golongan kanak-kanak.

Jelas pemegang status pemastautin tetap (PR) British ini, dia akan menggunakan lagu-lagu daripada album itu bagi diketengahkan kepada kalangan generasi muda hari ini.

Idea dan kesedaran itu tercetus selepas Art Fazil banyak mempersembahkan lagu-lagu sedemikian tetapi sayangnya, ramai kanak-kanak hari ini yang tidak mengetahui kewujudan lagu-lagu tersebut.

"Pada tahun 2009, saya pernah menyanyikan lagu-lagu rakyat di di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Ma'wa di Singapura. Saya dapati mereka tidak pernah dengar lagu-lagu rakyat.

"Saya berasa agak terkejut kerana selama ini mereka mungkin membesar dengan lagu-lagu yang moden ataupun untuk orang dewasa. Sedangkan kita ada banyak lagu kanak-kanak.

"Kanak-kanak zaman dulu diajar bercakap melalui lagu-lagu rakyat, tetapi sekarang ini pertandingan karaoke untuk kanak-kanak pun disuruh menyanyikan lagu-lagu orang dewasa," katanya.

Jumaat, 7 Mei 2010

Blackmaria - Karma...Safil??? & Permata 20 (WEA PR 403-2) 2000




Akan datang di Retro Sound Studio. ALBUM UNTUK PROMOSI SAHAJA. Download hanya untuk CONTACT sahaja.



KLIK DISINI untuk album muzik.

Art Fazil - Nur (Album Promosi) Soul Library 2001




Akan Datang di Retro Sound Studio. ALBUM UNTUK PROMOSI SAHAJA. Download untuk CONTACT sahaja.

Art Fazil merupakan salah seorang ahli kumpulan Rausyanfikir yang amat popular sekitar tahun 90an dahulu. Kini bergerak solo setelah Rausyanfikir berpecah. Sedikit info tentang kumpulan Rausyanfikir utk dikongsi bersama:

Rausyanfikir, bermakna Ahli Fikir didalam Bahasa Farsi, ditubuhkan pada 1992. Ia dianggotai oleh 3 orang pencinta seni- Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas), Art Fazil dan Esham Jamil. Ketiga tiga mereka berkawan semasa menuntut diperingkat pra-universiti lagi diSingapura. Khayas dan Art Fazil memang telah terlebih dahulu dikenali didalam industri muzik Melayu sebagai penulis lagu untuk artis artis seperti Ramli Sarip, Khatijah Ibrahim, Lefthanded, Love Hunters dan Ella. Sementara Esham pula amat giat didalam kelompok puisi diSingapura bersama kumpulan Indra Kirana. Kumpulan Rausyanfikir telah ditubuhkan dengan visi untuk membuat muzik yang bukan sahaja lunak ditelinga tetapi juga berupaya untuk menggerakkan minda pendengar. Album 'self-titled' pertama mereka- Rausyanfikir, dirakamkan di Quad Studio diSingapura dibawah kelolaan penerbit dan bekas gitaris kumpulan The Flybaits- Eddie Marzuki. Ianya memuatkan 10 buah lagu karangan ketiga tiga anggota Rausyanfikir. Album sulung itu memuatkan lagu lagu yang memberikan warna identiti Rausyanfikir, seperti Satu Suara, Kaum Kanggaroo serta Malam dan Siang. Album ini diedarkan oleh Pony Canyon Records diSingapura dan Life Records diMalaysia. Rakaman kedua Rausyanfikir dirakamkan pada penghujung 1993 dan siap pada awal 1994. Kali ini mereka memilih Lion Studios diSingapura untuk membentuk karya karya mereka dengan bantuan produser Eddie Marzuki. Album yang diberi judul Rausyanfikir ll-Rusuhan Fikiran kali ini mendapat sentuhan 'engineering dan 'mixing' oleh Paul Edwards. Encik Edwards adalah seorang jurutera muzik dari London yang bekerja sebagai jurutera tetap Lion Studios pada waktu itu. Rusuhan Fikiran diterbitkan oleh syarikat Rausyanfikir sendiri- Sakina Productions yang mereka tubuhkan bersama Eddie Marzuki. Pengedar album ini adalah BMG Records (Singapore/Malaysia) Album Rusuhan Fikiran ini memuatkan 10 buah lagu- kesemuanya ditulis oleh ketiga-tiga anggota kumpulan ini. Lagu lagu seperti Dhikir Fikir Fikir, Pesta Perut serta Hari Ini Dan menjadi 'radio favourites' sehingga ke hari ini. lagu Dhikir Fikir Fikir karya Art Fazil juga mendapat anugerah COMPASS awards 1995 sebagai lagu Melayu yang mendapat royalti terbanyak pada tahun tersebut.




Lagi berita tentang Art Fazil; sila KLIK DISINI

Rabu, 5 Mei 2010

Nuradee - Diam (EMI 7243 8 37635 2 8) 1996




Akan datang di Retro Sound Studio. Gandingan 2 beradik Nur (Mohd Noor) & Adee (Mohd Rasid) dari Singapura telah memeriahkan industri muzik pada 1996 malah hingga kini mereka masih lagi aktif di Singapura.


DOWNLOAD HANYA UNTUK CONTACT SAHAJA.
KLIK DISINI untuk album muzik.

Isnin, 3 Mei 2010

Hillary D'Album (EMI 0777 797105 22) 1990




Akan datang di Retro Sound Studio. Re-mastering sound Bit rate 320 kbps. Download hanya untuk contact sahaja.


KLIK DISINI untuk album muzik.