
Bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah tajuk salah satu kaset yang diberi pada aku petang jumaat lepas. Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada bro Fadzilme kerana telah menghadiahkan beberapa 'kaset usang' semasa perjumpaan yang tak dirancang pun pada petang jumaat kelmarin.
Dulu aku ada bertanya mana kaset-kaset lamanya tapi katanya dah letak kat stor rumahnya kerana studio MPnya dah penuh dengan LP dan CD yang aku lihat memang rare. Tak sangka pulak masa beliau turun JB utk lawatan kerja kelmarin aku terima panggilan untuk berjumpa sekejap, penting katanya. Apa-apa pun jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana bersusah payah menghadiahkan kaset-kaset rare ini kepadaku dan akan dijaga sebaik mungkin. Terima kasih sekali lagi bro Fadzilme.
Senarai kaset-kaset yang diterima:
1) Iklim - Bulan Jatuh Ke Riba (1991);
2) Damasutra - Asyik (1992);
3) Junction - Arah (1988);
4) Gersang - Gersang (1988);
5) Ikhlas - Ikhlas (1991);
6) Mega - Terbaik Mega (2000);
7) Rahmat - Rahmat (1991);
8) Ella - Standing In The Eyes Of The World (1998).