Terima kasih kerana melawat blog RETRO SOUND STUDIO
Retro Sound Studio

Rabu, 30 November 2011

Bertemu Jatt Ali BDB pada 30/11/2011

Pertemuan yang tak dirancang akhirnya terlaksana jua. Bro Jatt dan isteri amat sempoi! Last jumpa pada bulan Oktober, 2009 di Persada Johor masa Black Dog Bone mengadakan persembahan disana. Anyway, terima kasih bro Jatt kerana sudi melayan kedatangan saya. Seronok dapat bertemua otai.

Isnin, 7 November 2011

Pak Ali, gramofon & piring hitam (disiarkan di Mingguan Malaysia 6/11/2/11)

Pak Ali, gramofon & piring hitam




HARTA’ yang dimilikinya sekarang merupakan khazanah paling berharga buat usahawan ubat-ubatan tradisional yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang ini.

Malah dia berbangga kerana menjadi pewaris paling layak kepada gramofon kesayangan datuknya, Allahyarham Hamad Arshad.

Mandat penjagaan diterima apabila Ali Ahmad Ariff menunjukkan minat yang sama dengan datuknya sejak berusia 13 tahun.

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, berita gembira itu disambut riang lelaki yang mesra dipanggil Pak Ali.

“Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bangganya saya bila arwah datuk mewariskan pemain muzik kesayangannya itu kepada saya,” reaksi awal ketika ditanya latar belakang koleksinya itu.

Tambahan pula masyarakat Melayu sekitar tahun 40-an mengkategorikan pemilik peti nyanyi termasuk radio sebagai orang kaya.

Persepsi itu wujud lantaran hiburan sebenar ketika itu sukar diperoleh dan hanya dinikmati di kalangan individu golongan yang mempunyai kewangan kukuh.

Kepayahan

Sejak itu, lelaki berusia 64 tahun ini memulakan siri pencarian piring hitam artis tempatan dan antarabangsa.

Antara yang dimiliki piring hitam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Begawan Solo dari Indonesia.

Turut diminati Pak Ali adalah koleksi lagu-lagu rakyat dan himpunan lagu klasik jazz, R&B yang popular sekitar tahun 40-an.

Semuanya adalah rekod asli yang dibeli dari semasa ke semasa sehingga jumlah keseluruhan koleksi piring hitamnya mencecah 400 keping.

Muzik yang sudah sebati dengan dirinya dek dimainkan setiap hari itu juga menjadi nadi dan menyuntik semangat Pak Ali untuk menjalani kehidupan seharian.

Ditanya mengenai kepayahan menjaga koleksinya itu, katanya, penjagaan kulit setiap rekod simpanannya menuntut perhatian yang lebih.

Kebanyakannya tidak tahan lasak dan mudah koyak sehingga dikhuatiri menjejaskan kualiti keseluruhan piring hitam terutama jika ada calar.

Selain itu, bapa kepada dua anak ini juga cukup berhati-hati di bahagian jarum gramofon kerana alat ganti sukar untuk dicari.

Khamis, 29 September 2011

Bercuti ke Beijing, China

Start:     Oct 3, '11 12:00a
End:     Oct 7, '11
Company trip to Beijing, China. Nak rehatkan minda lepas raya. Harap2 blh refresh minda kat sana. Doakan selamat pergi dan kembali. Insyaallah.

Selasa, 19 Julai 2011

Rock Kapak dan dunia muzik hari ini (Disiarkan di Berita Harian 18/07/2011)


Fragmen: Rock kapak dan dunia muzik hari iniOleh Zainuri Misfar

Pelakon tambahan yang terbabit dalam filem Rock2: Rockooo!!!
Pelakon tambahan yang terbabit dalam filem Rock2: Rockooo!!!
MINGGU lalu, saya menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan mengikuti penggambaran filem Rock 2: Rockooo!!! arahan Mamat Khalid di Ipoh, Perak. Selama tiga hari dua malam di sana, saya menginap di sebuah hotel terletak di Jalan Horley.

Mamat Khalid mengingatkan saya jangan lepaskan peluang untuk melihat ‘pasar karat’ iaitu pasar minggu yang menjual barangan lama atau antik, terletak di jalan betul-betul di hadapan hotel penginapan. Memang terdapat pelbagai barangan lama dijual di pasar karat ini, tetapi paling menarik perhatian saya adalah rekod atau piring hitam lama. Di sini saya menemui piring hitam P Ramlee, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Noorkulamasari, Sudirman malahan R Azmi. Harganya juga berbeza-beza.

Menurut seorang penjual rekod lama yang dipanggil Mustafa, harga rekod tertakluk kepada kesukaran mendapatkannya, selain nilai antik piring hitam itu sendiri. Misalnya, piring hitam R Azmi dan P Ramlee dijual sehingga RM400 sekeping. Walaupun ada yang sanggup membeli pada harga tinggi, tetapi Mustafa tidak mahu menjualnya kerana ia sangat sukar diperoleh.

Selain ‘pasar karat’ di Jalan Horley, saya juga turut menemui beberapa koleksi piring hitam yang dijual di sebuah kedai Cina di Pasar Besar Ipoh. Antara piring hitam itu termasuklah daripada EP Julie Remie, J Mizan, selain beberapa kumpulan nasyid seperti Orkes EL Suraya dan koleksi penyanyi Indonesia.

Untuk penggambaran Rock 2, sejumlah pelakon tambahan diperlukan untuk memberikan mood atau suasana masa pada tahun 80-an iaitu ketika era rock kapak. Untuk tujuan itu, kru produksi filem ini membawa sekumpulan anak muda dari Pandamaran dan Klang yang lengkap dengan gaya seperti rock era tahun 80-an.

“Imej kami adalah asli. Kami tidak pakai rambut palsu. Baju dan kasut yang kami pakai memang apa yang dipakai oleh kumpulan rock kapak,” kata Shawfik Abdul Rahman, yang mewakili rakan-rakannya.
Menurut Shawfik, dia bersama rakan-rakannya tidak ada rasa malu mahupun janggal apabila tampil di hadapan orang ramai dengan imej rock kapak.

Berseluar ketat, jaket singkat, kasut ‘sneakers’, rambut panjang dan mengerbang atau macam afro adalah identiti mereka.

Ditanya lebih lanjut mengenai rock kapak, Shawfik menjelaskan, muzik dan seni kata lagu-lagu rock dulu dianggap mudah dan senang didengar berbanding dengan lagu sekarang yang cepat membosankan.

Dia juga menyebut beberapa nama kumpulan ‘rock kapak’ yang sehingga sekarang masih ada peminatnya tersendiri seperti Bloodshed, Febian, Desire, Crossfire, Junction, Zabarjad, SYJ @ Sofea dan Rusty Blade, dan mereka memang kurang dikenali secara meluas seperti Sweet Charity, Search, Blues Gang, Wings dan Lefthanded.

Kemunculan semula rock kapak yang mula mendapat perhatian daripada peminat boleh diibaratkan sebagai satu kitaran dalam industri muzik. Hampir semua stesen radio menyiarkan lagu-lagu ini sehingga sesetengah pendengar muda sekarang berasakan lagu rock kapak itu adalah karya baru dan dianggap mempunyai tarikan tersendiri.

Itulah penangan rock kapak yang kadang-kadang dipandang rendah atau bahan ketawa sedangkan ‘bisanya’ masih dirasai sehingga hari ini.

Ke mana perginya kumpulan indie? Kemunculan kumpulan muzik aliran indie dalam arus perdana tidak sehebat era ‘rock kapak’. Kerancakan mereka dalam mewarnai aliran muzik kita semakin kendur. Tetapi kemunculan kumpulan indie dalam arus perdana tetapi dipuji kerana mereka dapat mengekang kebanjiran pemuzik dari Indonesia.

Realitinya, perkembangan muzik kita pada hari ini memang semakin kelam. Tidak banyak karya muzik terbaru dan segar berkumandang di radio, mahupun di TV. Biarpun ada banyak program bakat baru diwujudkan, tetapi kita masih melihat penyanyi atau kumpulan muzik sama.

Di mana silapnya dan kenapa berlaku? Membincangkan perkara ini sama seperti kita membicarakan isu antara ayam dan telur, mana satu patut datang dulu. Hendak kata stesen radio tak bagi sokongan, mereka memberi alasan penyiaran lagu baru berdasarkan kepada sokongan pendengar iaitu masyarakat. Tapi pendengar pula mengatakan stesen radio tidak memberikan banyak pilihan lagu kerana penyiaran lagu-lagu yang semakin terhad.

Banyak pihak harus terbabit sama untuk memastikan industri atau perkembangan muzik kita kembali rancak, panas dan segar.

Mungkin juga sudah tiba masanya ada tolak ansur daripada semua stesen radio supaya memberi peluang kepada semua pengkarya muzik, baik baru atau lama mengetengahkan karya masing-masing. Benar faktor tuntutan komersial penting dalam menarik iklan, tetapi peranan radio dan TV dalam menyuburkan semula perkembangan industri muzik tanah air sangat penting.

Mujurlah kita masih ada lagu-lagu lama yang diberikan dengan pelbagai istilah seperti lagu retro, rock kapak atau lagu jiwang, tetapi itulah juga yang sedang mengisi kekosongan industri muzik hari ini. Tanpa lagu-lagu itu, yang suatu ketika dipandang sebelah mata kononnya tidak urban atau ketinggalan zaman, apa lagi lagu yang hendak disiarkan oleh stesen radio sekarang?

Pada masa sama juga, kita mengharapkan pengkarya muzik dapat menghasilkan hasil karya yang bermutu, tinggi nilai seninya, puitis seni katanya, bunyi yang mantap serta bertenaga selain senang didengar. Semua ini adalah cabaran juga kepada mereka yang bercita-cita besar dalam bidang muzik.

Pengkarya muzik harus lahir dengan kepelbagaian identiti dan aliran. Janganlah apabila ada kumpulan atau penyanyi sudah membawakan muzik indie atau rock semuanya memberi tumpuan kepada aliran muzik yang sama.

Kepelbagaian aliran muzik juga penting kerana ia menjadikan dunia muzik kita rancak dan segar semula. Terima kasih kepada lagu-lagu dari aliran rock kapak yang masih sedap didengar dan dianggap ‘benda’ baru oleh pendengar generasi hari ini.

                                         
                                         

Khamis, 23 Jun 2011

Perencah Mee Bandung Muar




Alhamdulillah barang yang dinanti akhirnya telah selamat tiba tengahari tadi, 23/06/2011. Kesemuanya telah diletakkan didalam bungkusan 'karung guni' yang amat 'spesel'.
Stok cukup hingga ke bulan puasa! Hehehe! Terima kasih Jai! Lepas ni boleh hantar lagi ya!

Selasa, 31 Mei 2011

Muzik Besi Sweet Charity - Blues Gang (disiarkan di Utusan Malaysia 31/05/2011)

Muzik besi Sweet Charity-Blues Gang


RAMLI SARIP namanya terus harum di hati peminat.


SEBUT sahaja Sweet Charity dan Blues Gang pasti ramai di kalangan kita yang mengenali dua kumpulan otai yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri muzik tanah air.

Biarpun membawa aliran muzik berlainan genre (Sweet Charity dengan irama rock manakala Blues Gang dengan lagu-lagu blues), mereka berkongsi matlamat.

Tanyalah kepada Ramli Sarip atau Ito, matlamat mereka ialah memberi hiburan berisi, bukan kosong kerana cara itu sahaja mereka dapat mendekatkan diri dengan peminat.

Sebenarnya, kedua-dua kumpulan itu pernah bernaung di bawah satu syarikat rakaman, Brothers.

Hari ini, masing-masing membawa haluan sendiri tetapi yang sinonim antara mereka ialah Ramli dan Ito masih mampu menggamit peminat menerusi lagu-lagu malar hijau dendangan mereka.

Sweet Charity dan Blues Gang, masing-masing pernah menghasilkan lapan album. Kekuatan dan pengaruh mereka juga masih tebal dalam kotak memori peminat setia dua kumpulan itu.

Jika Sweet Charity kekal popular menerusi lagu Jangan Tunggu Lama-Lama, Teratai dan Kamelia, Blues Gang pula terkenal dan tetap segar menerusi lagu Apo Nak Di Kato dan Oh Mama Saya Mahu Kahwin.

Sebagai dua kumpulan yang berbeza, Sweet Charity dan Blues Gang yang merupakan artis seangkatan tetapi berlainan genre muzik itu sebenarnya bertapak selama 40 tahun dalam industri muzik Malaysia.

Puluhan lagu Sweet Charity dan Blues Gang selama empat dekad yang telah dihasilkan, tetap menjadi siulan peminat mereka dari dahulu sehingga sekarang.

Bahkan kehebatan dua kumpulan ini mampu menambah bilangan peminat yang terdiri dari generasi muda hari ini, dikagumi dan dihormati oleh rakan artis lain.

Bukan mudah bagi anak seni ini merentas zaman mereka dan seterusnya muncul menjadi ikutan generasi baru.

Keutuhan Sweet Charity dan Blues Gang selama berpuluh tahun membuktikan bahawa aura mereka tidak pernah hilang ditelan zaman.

Bait-bait lirik lagu-lagu lontaran Ramli dan Ito tetap menusuk kalbu kerana di sebalik kekuatan vokal dua insan seni terbilang ini, terselit mesej dalam lagu-lagu nyanyian mereka.

Tidak kiralah mesej yang terselit itu berkaitan dengan putus cinta, pujaan dan pujian terhadap makhluk ciptaan Tuhan (wanita) atau pun berunsurkan ketuhanan (memuji pencipta hambaNYA).

Ketika dilontarkan kepada Ramli dan Ito, apakah rasa hati mereka hari ini kerana masih ada ramai peminat?

Begini bunyi jawapan yang diberikan untuk dikongsi bersama pembaca setia Mega minggu ini:

“Alhamdulilah, ini semua adalah berkat doa para peminat yang sentiasa menyokong kami dari dahulu sampai sekarang.

“Andai mereka tiada (peminat), tidak mungkin Sweet Charity masih diingati sampai ke hari ini. Biarpun saya telah bergerak solo, namun peminat masih tetap mengingati Sweet Charity yang ditubuhkan 40 tahun lalu,” jelas Ramli Sarip kepada Mega ketika ditemui, baru-baru ini.

Kata-kata luhur yang diluahkan oleh penyanyi yang mendapat jolokan Papa Rock itu disambut oleh Ito Blues Gang yang sependapat dengannya.

Tambah Ito, bukan mudah bagi seseorang penyanyi itu untuk bertahan jika tidak disokong oleh para peminat.

Baginya, kehadiran peminat banyak membantu dalam melalui liku-liku kehidupan sebagai anak seni.

“Jika tidak ada peminat, tiadalah kami di sini. Apa yang kami sampaikan adalah untuk peminat yang tidak jemu-jemu dengan kehadiran dan nyanyian kami.

“Insya-Allah, selagi ada sokongan peminat, selagi itulah kami akan terus berada di landasan seni tanah air,” ujar Ito.

Rabu, 18 Mei 2011

Suami Orkid Abdullah meninggal dunia (Dipetik dari akhbar Kosmo 18/05/2011)

Suami Orkid Abdullah meninggal dunia




KUALA LUMPUR - Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar (gambar) pula kembali ke rahmatullah pagi semalam.

Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.15 pagi di Hospital Ampang dekat sini.

Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak 4 Mei lalu kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat dekat sini semalam.

Pada 13 Mei lalu, Orkid yang popular pada era 60-an meninggal dunia di hospital sama akibat penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil.


MAY 25 tahun (Dipetik dari akhbar Kosmo 17/05/2011)

May 25 tahun


DARI kiri: Man, Mus, Abu dan Yus masih bersemangat tinggi untuk meneruskan hayat May selepas 25 tahun kewujudannya.


INDUSTRI muzik di negara ini pada era 1980-an ternyata telah didominasi oleh muzik rock. Ketika itu, terdapat banyak kumpulan rock tempatan yang telah ditubuhkan. Biarpun sekarang muzik rock sudah tidak lagi mendominasi, namun masih terdapat beberapa kumpulan rock yang terus bertahan sehingga hari ini.

Antaranya seperti kumpulan May yang mula ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini sudah mencecah usia 25 tahun. Kumpulan yang ditubuhkan di Ipoh, Perak itu dianggotai oleh Abu (Mohd. Nassier Yusof), Mus (Mustaffa Din), Man (Mohamad Saarip Yaakob) dan Yus (Mohd, Mohtar Mohd. Madin).

Masih mampu lagi bertahan hingga ke hari ini, lagu-lagu nyanyian mereka juga masih tetap menjadi siulan anak-anak muda seperti Sendiri, Cintamu Mekar Dihati dan Cintaku Sewangi Kasih.

Sempena sambutan jubli perak kumpulan berkenaan, mereka kali ini telah tampil dengan sebuah album istimewa yang berjudul May 25th Anniversary.

Album yang diterbitkan oleh mereka sendiri itu mula dihasilkan pada Oktober tahun lepas dan menjalani proses rakaman di Sinar Studio yang dimiliki oleh oleh Mus.

“Sebanyak 11 buah lagu yang terkandung di dalam album ini, di mana terdapat enam buah lagu baharu telah dihasilkan, manakala lima buah lagu adalah lagu daripada beberapa album terdahulu.

“Sebenarnya album ini akan dilancarkan pada awal tahun ini, namun kami ambil keputusan untuk menangguhkannya agar ia dapat dijual seiring dengan diskografi yang kumpulan May,” ujarnya pada majlis pelancaran album dan sambutan ulang tahun ke-25 May di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya apa yang menarik tentang album itu adalah ia turut disertakan dengan set diskografi edisi terhad yang mengandungi buku biografi, cakera video digital (DVD), video muzik dua buah lagu dan penanda buku 3D.

Ujarnya, menerusi buku biografi tersebut akan menceritakan secara lebih terperinci tentang kewujudan May dan perjalanan mereka dari mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Yantzen dan Oney

Ketika ditanya mengenai kos penerbitan album berkenaan, Mus enggan mendedahkannya jumlah sebenar tetapi sekadar menyatakan ia mencecah ratusan ribu ringgit.

Jelasnya, selain menggunakan wang hasil daripada mengadakan showcase sebelum ini, mereka turut mendapatkan pinjaman daripada Dana Industri Kreatif menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Kami bersyukur apabila permohanan untuk membuat pinjaman sebanyak RM100,000 telah diluluskan, biarpun terpaksa menempuhi proses yang agak panjang dan lama,” ujarnya.

Selain menghasilkan album baharu, kumpulan May turut mempunyai sebuah lagi perancangan yang agak besar iaitu mahu mengadakan sebuah konsert sempena ulang tahun yang ke-25 kumpulan itu.

Menurut Mus, kertas kerja untuk melaksanakan konsert berkenaan sudah pun disiapkan dan pada ketika ini mereka sedang cuba untuk mencari para penaja.

“Kami turut merancang untuk mengadakan kemuncak konsert berkenaan di Ipoh, Perak memandangkan kumpulan kami ini berasal dari tempat tersebut.

“Malah, semasa konsert itu nanti kami akan menampilkan dua bekas vokalis kumpulan May sebelum ini seperti Yantzen (Yantzen Jiniwan) dan Oney (Mohd. Redzuan Abdul Aziz) kerana tanpa mereka, pastinya kumpulan ini akan berkubur lebih awal,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mus menjelaskan bahawa mereka sangat berharap agar mendapat sokongan penaja kerana tanpa sokongan mereka pastinya konsert yang dirancangkan itu sukar untuk dilaksanakan.

“Sekiranya perancangan untuk konsert berkenaan gagal, kami akan terus membuat persembahan showcase biasa dan mengikut jadual kami akan beraksi di beberapa buah tempat seperti Pulau Pinang, Terengganu dan Singapura,” ujarnya.

Sebagai permulaan, mereka bakal membuat persembahan pada 29 Mei ini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sempena May 25th Anniversary Celebration.

Sewaktu persembahan tersebut, lima orang penyanyi akan turut terlibat dan akan menyanyi lagu-lagu popular mereka iaitu kumpulan The Band, Shewolves, Duta dan Khalifah.

Isnin, 16 Mei 2011

Rezeki cuti Hari Wesak




Inilah saja CD dan kaset yang disambar setelah puas dibelek-belek. Murah-murah aje; pada aku semua ni yang menarik hati untuk dijadikan khazanah Retro Sound Studio.

CD yang dirembat tadi:
1) Rosli Mohalim - New Singles
2) Lovehunters - Ikhlas

Kaset yang dirembat :
1) Roy & Fran (Siri murah hati) - Siapa Dia Sebelum Daku;
2) Kugirama 1 (Siri murah hati) - Sweet September, Carefree, BDB & Discovery;
3) Hattan - Meniti Perjalanan.

Rabu, 11 Mei 2011

Nostalgia Piring Hitam

Nostalgia piring hitam


Ramai peminat setia pengumpul piring hitam 'menyerbu' pasar lambak mingguan Amcorp Mall untuk mendapatkan koleksi mereka.


Piring hitam mungkin tidak lagi diminati oleh generasi muda kini tetapi ia pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Juga dikenali sebagai rekod gramofon, rekod fonograf atau hanya rekod, piring hitam terdapat dalam pelbagai versi.

Jika sesebuah piring hitam hanya memuatkan satu atau dua lagu, ia dipanggil SP (single play), jika empat buah lagu dikenali sebagai EP (extended play) dan jika lebih daripada itu, LP (long play).

Hari ini, peranan piring hitam yang pernah menjadi kegilaan peminat-peminat lagu dan muzik, telah diambil alih oleh kecanggihan cakera padat (CD).

Itu nasib yang dialami oleh piring hitam. Seperti juga penyanyi-penyanyi lama yang semakin terpinggir, begitulah nasib dialami piring hitam.

Ia diketepikan seiring dengan perubahan masa.

Walaupun amat jarang untuk kita menemui piring hitam, namun bagi peminat tegar 'alat tradisional' ini, mereka sentiasa tahu di mana untuk mendapatkannya bagi dijadikan koleksi.

Antara tempat yang tidak asing lagi untuk mendapatkan piring hitam adalah di pasar lambak mingguan di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Dikenali sebagai pusat peminat piring hitam terpakai dan jarang ditemui, Amcorp Mall telah berkhidmat sebagai pusat kegiatan menjual alat audio bunyi itu sejak hampir sedekad lalu.

Selain piring hitam, pasar lambak yang hanya dibuka setiap Ahad dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang itu menjual pelbagai jenis barangan terpakai lain termasuk buku, perhiasan dalaman dan barangan antik lain.

Lebih 30 gerai di tingkat bawah Amcorp Mall itu turut menjadi tempat bagi mereka yang sudah lama mahu pun baru berjinak-jinak memburu barang kegilaan mereka untuk dikumpul.

Seorang pengunjung, Khairunizam Mokhtar, 37, berkata, pasar lambak tersebut merupakan lokasi bagi pemburu piring hitam mendapatkan koleksi klasik seperti album P. Ramlee dan Saloma yang jarang ditemui di tempat-tempat lain.

Katanya, dia masih sempat merasai fenomena mengumpul piring hitam penyanyi kegemaran berikutan ketika itu hampir kebanyakan rumah harus memiliki sebuah pemain piring hitam.

"Keadaan itu kian pudar pada awal tahun 90-an setelah teknologi kaset diperkenalkan, diikuti dengan CD dan MP3 ketika ini.

"Saya selalunya akan meluangkan waktu hujung minggu seperti ini bagi mencari judul-judul piring hitam yang pada saya mempunyai nilai sentimental untuk koleksi peribadi saya," katanya yang juga Presiden Kelab P.Ramlee Malaysia.

Menurutnya, piring-piring hitam yang dikumpul menggambarkan minatnya yang mendalam terhadap seniman agung, Allahyarham P.Ramlee yang menjadi kebanggaannya.

"Saya mencari piring hitam seperti ini di serata tempat serta sudah berdekad lamanya dihabiskan untuk mengumpul sebuah koleksi lengkap album-album seniman agung tersebut, tetapi di pasar lambak ini, kebanyakan album tersebut boleh didapati dengan mudah," tambahnya.

Seorang lagi pengunjung, Abdul Malik Mokhtar, 54, berkata, pasar lambak itu turut menjadi pusat komuniti bagi para peminat piring hitam berkumpul dan bertukar-tukar pendapat.

"Pengumpul piring hitam dari semua peringkat umur berkunjung ke sini untuk membeli, belajar dan bersosial. Kami mewujudkan satu rangkaian peminat piring hitam yang teguh," jelasnya.

Menurut Abdul Malik, para peminat terlibat akan meluangkan masa berjam-jam untuk memilih ribuan piring hitam yang terdapat di situ.

"Seperti 'pemburu' barangan antik, kami juga sanggup menghabiskan masa dan ribuan ringgit untuk mencari piring hitam yang sangat bernilai kepada kami," jelasnya.

Isnin, 2 Mei 2011

Intro A Go Go 67




Intro Filem Muzikal yang popular pada tahun 1967, A Go Go 67, terbitan Shaw Brothers dan arahan oleh Omar Rojik.
Lagu tema ini asalnya nyanyian Seniman Ahmad Daud bertajuk Aku Dah Teruk.

A Go Go 67 - TV_Advertisement




Iklan yang disiarkan di Tv Singapura tentang penjualan DVD Filem Muzikal yang popular pada tahun 1967. Filem muzikal hebat ini amat sukar didapati dan telah dikeluarkan dan diedarkan semula untuk pasaran di Singapura oleh Life Records Singapura dgn kerjasama Shaw Brothers. Bagi pasaran di Malaysia pula mungkin lepas raya. Tapi jika betul-betul berminat, hubungi saudara Rahim (Amcorp) di: 017-7136646. Harga RM50 (self collect) dan RM55 (termasuk pos).

Khatijah Ibrahim - Mengapa Aku Disalahkan (WEA 5249822382) 1982 & 2010

CD Version



Jumaat, 8 April 2011

Saya muda lagi - Shy8

'Saya muda lagi' - Shy8

 




PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.

Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya.

"Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8.

"Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.

Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

"Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.

Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.


SHY8 bersama isteri, Noorafiza dan anak mereka, Syed Caliph Umar.


"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.

"Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.

Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

"Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.

"Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.

"Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.

Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


HANYA duduk di atas kerusi roda sambil melambaikan tangan seperti sedang menari, populariti Shy8 meledak dan dia kini dikenali sebagai Ucop Wilcha.


"Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

"Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.

Sejarah seni Shy8

Ramai yang tidak tahu, sebelum Shy8 terjun ke bidang lakonan, dia terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.

Menyifatkan album yang mendapat sentuhannya sendiri secara keseluruhan sebagai album syok sendiri, hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun.

Selepas kecundang dengan album itu, dia mula bekerja secara bebas di sebuah syarikat pengiklanan demi kesinambungan hidup.

Sambil itu, dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, bermula dengan pelakon tambahan kepada pelakon yang mempunyai dialog. Tetapi dia tidak pernah diberi watak yang besar.

"Macam-macam kerja saya buat selepas saya tidak berjaya jadi penyanyi (ketawa). Saya buat album syok sendiri, siapa yang nak dengar.

"Tetapi saya tidak minat sangat untuk serius dalam lakonan, bagaimanapun semua itu berubah apabila saya membintangi filem Zombi Kampung Pisang, sejak itu saya kembali aktif berlakon.

"Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun," jelasnya.

Disebalik Nama Usop (wilcha)

Di Sebalik Nama Usop
Oleh ZAINURI MISFAR
PERWATAKAN lembut serlah Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Karektor sebagai bekas penari kebudayaan lumpuh mencuit hati penonton

ANTARA yang menjadi perhatian dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah watak Usop iaitu bekas penari kebudayaan yang masih terbawa-bawa kelembutannya tetapi kakinya lumpuh selepas digilis dengan mesin pembajak padi sehingga dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Dalam filem yang sudah mencatatkan kutipan RM4.2 juta dalam tempoh 11 hari tayangannya, gelagat Usop memang menarik perhatian penonton. Tidak padan dengan kakinya yang lumpuh itu, mulutnya pula ‘jahat’ selain pada masa ‘syok’ pula dengan Hussin lakonan Awie.

Melucukan ketika dikejar hantu, kaki yang lumpuh jadi elok dan boleh pula mengangkat kerusi roda. Ada yang tertanya-tanya siapa Usop atau Yusop? Sebenarnya, watak itu sudah diperkenalkan oleh Mamat Khalid menerusi filem Zombi Kampung Pisang. Populariti atau watak lembut Yusop itu lebih menonjol daripada nama sebenarnya iaitu Syed Mohamad Asri atau Shy8.

“Sebenarnya nama Shy8 itu wujud sejak tahun 1996 lagi, namun hilang dari arus seni tanah air secara perlahan sejak tahun 2000. Kini nama Usop telah mengatasi nama Shy8 atau Syed Mohamad Asri semuanya gara-gara Zombi Kampung Pisang dan kini Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kredit tertinggi perlu di berikan kepada penulis skrip dan pengarah kedua-dua filem itu sendiri iaitu Mamat Khalid. “Mungkin Shy8 dulu kurang diberikan ruang dan peluang untuk berkarya tidak seperti Usop yang lebih bernasib baik kerana memperoleh platform yang kukuh melalui filem terbitan Tayangan Unggul. Selain Zombi Kampung Pisang yang mendapat sambutan dahulu, ia juga turut di tayang berkali-kali di saluran Astro.

“Ini sudah pasti mendekatkan watak Usop kepada masyarakat. Jadi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ini, watak Usop dikembangkan untuk mengisi ruang yang di kosongkan oleh Mat Karen (AC Mizal) dan Deris (Que Haidar) dalam Zombi Kampung Pisang dulu,” katanya. Mengenai pembabitannya dalam seni, Shy8 berkata, kerjayanya dalam bidang seni bermula sebagai penyanyi apabila menerbitkan album sendiri berjudul Terasing Di Bumi Sendiri pada 1996 dengan menggunakan nama Syed sahaja. “Dalam album itu, semua lagu dan seni kata dicipta dan dituliskan oleh saya sendiri. Disebabkan beberapa perkara yang tak perlu dijelaskan, saya kecewa dengan industri ini, dan beransur-ansur cuba keluar dari kepompong seni.

“Selepas itu, Shy8 kembali menjadi manusia biasa bernama Syed Mohamad Asri dan bekerja di sebuah syarikat yang terbabit dalam industri minyak dan gas. Jadi sejak itu, pembabitan saya dalam bidang seni agak terbatas kerana tugas dengan syarikat ini,” katanya. Shy8 menjelaskan dalam filem Zombi Kampung Pisang, watak Usop dianggap dalam proses suaikenal kerana ketika itu di kelilingi oleh nama besar seperti Awie, AC Mizal, Que Haidar dan Ezlynn.

“Watak Usop adalah satu eksperimen saya. Tapi dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, watak Usop sudah di kenali. Apabila Mamat memberi tanggungjawab yang lebih kepada Usop, saya gunakan peluang ini untuk menjadi yang lebih. “Alhamdulillah semua usaha saya berbaloi. Di atas berkat kesabaran selain dorongan dan bimbingan Mamat bersama sokongan rakan pelakon turut banyak membantu menjadikan Usop makin di kenali,” katanya.

Sudah lama kenal Mamat

MENGENAI sambutan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dianggap sangat menggalakkan, Shy8 berkata, dia sudah mula merasai filem ini ada kelainan tersendiri dan boleh meletup sejak dalam proses pembikinan lagi. “Namun kami tidak berani bertaruh kerana hanya penonton yang sebenarnya membuat keputusan sama ada untuk menonton atau tidak. Sekarang dengan sambutan yang hangat seperti ini, malah ramai yang menonton lebih dari sekali, sudah pasti saya dan semua yang terbabit dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah puas hati dan gembira yang teramat sangat,” katanya mengulas sambutan filem lakonannya itu.

Shy8 juga menjelaskan hubungannya dengan Mamat juga bukanlah baru dan dia menganggap pengarah itu memang seorang yang cekap melahirkan karya bersifat sinikal. “Saya mengenali Mamat hanya melalui karya genius seperti Rombongan Cik Kiah, Arbaie Bujang Kembali dan banyak lagi. Begitu juga Mamat yang mengenali saya sebagai artis Ambang Klasik masa itu yang di kenali sebagai Shy8, tetapi kami tidak pernah bertemu sehingga di akhir 90-an apabila saya bertemu Mamat secara bersemuka.

“Pada tahun 2003 hubungan kami semakin akrab dan 2006 kami sudah seperti ahli keluarga. Mamat seorang pemerhati yang hebat. Dia nampak apa yang kita tidak nampak. Setiap apa yang berlaku, baik penting atau tidak, tidak pernah terlepas dari rakaman kotak memori Mamat dan dia akan kupas satu-satu mengikut cara komedi kerana itu yang masyarakat kita mahu, tanpa berfikir panjang. “Apa yang Mamat hasilkan adalah apa yang masyarakat kita sering lakukan jadi sebab itu gaya komedi Mamat sememangnya dekat dengan penonton kita,” jelas Shy8 dalam memperkatakan karya Mamat Khalid ini.

Khamis, 24 Mac 2011

Sumber Ilhamku - Warner Music 5249851142 (1979) & (2011)




CD Version

Bit Rate: 320 kbps
Audio Sample Rate: 44 khz
Channels: Stereo
Version: MPEG 1 Layer III

Akan datang di Retro Sound Studio. Download untuk CONTACT sahaja.

Sila klik DISINI untuk album muzik.

Ahad, 13 Februari 2011

Clique Fantastique - Clique Fantastique (EMI Parlophone S-EGEP.709) 1971 {EP Version}




EP Version

Bit Rate: 320 kbps
Audio Sample Rate: 44 khz
Channels: Stereo
Version: MPEG 1 Layer III

EP Terbitan: EMI Parlophone
Tahun: 1971
Penerbit: Kassim Masdor

Muka 1

Track 1 - Terpesona
(Shorty Robin / Pathe Publications)

Track 2 - Aku Tetap Setia
(Greggy / Pathe Publications)

Muka 2

Track 3 - Ku Choba Dan Ku Choba
(Shorty Robin / Pathe Publications)

Track 4 - Persembahan Ku
(Greggy / Pathe Publications)

EMI Records (SEA) Pte Limited
EMI (Malaysia) Sendirian Berhad
EMI (Hong Kong) Limited