Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura iaitu Ismail Haron meninggal dunia dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang.
Pengurus syarikat rakaman Produksi Matahati, Maria Satar berkata, Allahyarham dipercayai terkena serangan jantung.
“Sewaktu kejadian, kakak Allahyarham iaitu Halimah Haron keluar rumah. Ketika dia pulang, dia cuba kejutkan Allahyarham dan terkejut kerana Allahyarham tidak bergerak,” katanya
Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu.
Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.
Allahyarham terkenal dengan lagu-lagu Delailah, Dendamku Kerana Maria, Senyum Terakhir dan Mari Menari.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi Selasa, 10 April 2012.
Muzik...sesuatu yang indah. Muzik mampu merentasi sempadan masa. Walau apa juga genre sekalipun, muzik adalah muzik, halwa telinga yang begitu indah didengar. Muzik juga mampu menjadi terapi minda dan mengembalikan nostalgia serta mampu menjadi kenangan yang segar diingatan. Begitulah indahnya muzik. Tanpanya akan sunyi sepilah hidup ini. Segala muzik yang terdapat di sini merupakan koleksi peribadi saya sendiri. Semoga anda semua terhibur hendaknya. Layannn...!!!
Isnin, 9 April 2012
Tom Jones Singapura, Ismail Haron meninggal dunia
Langgan:
Catatan (Atom)