Terima kasih kerana melawat blog RETRO SOUND STUDIO
Retro Sound Studio

Selasa, 19 Mei 2009

BDB memukau - disiarkan di Utusan Malaysia pada 09/05/09

BDB MEMUKAU

 


Aksi kumpulan Black Dog Bone berjaya menghibur dan mengembalikan nostalgia peminatnya pada Konsert Untukmu Ibu di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam tadi.


PEMINAT setia Black Dog Bone (BDB) malam tadi dihiburkan pada malam pertama Konsert Untukmu Ibu - Black Dog Bone yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kemunculan semula BDB ternyata mengubati kerinduan peminat setia kumpulan tersebut apabila para penonton turut mengikuti bait-bait lirik lagu didendangkan.

Meskipun berusia lebih 30 tahun di dalam industri, lagu-lagu nostalgia mereka masih segar di dalam ingatan peminat kumpulan kelahiran zaman 1970-an itu.

Sebanyak 20 lagu popular mereka kembali didendangkan termasuk Bila Rindu, Khayalan, Gadis Manis dan Nasi Goreng.

Konsert yang turut diserikan dengan persembahan daripada Jay Jay dan Rahim Othman itu diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Turut hadir menyaksikan persembahan kumpulan legenda itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

11 ulasan:

  1. Ku siarkan artikel ini di sini sebagai penghormatan kepada kumpulan BDB walaupun dah seminggu konsert mereka di IB,KL berakhir. Hidup BDB!

    BalasPadam
  2. i love their performance then,now and forever

    BalasPadam
  3. Peminat setia BDB abg Zul ni...
    BDB ni seangkatan dgn The Mercy's, Favourite Group, D'loyd...betul ke Zul?

    BalasPadam
  4. Yeah, that's right. Semua band tersebut lagu2nya mendatangkan kenangan dan terasa seperti kita kembali ke zaman tersebut apabila mendengarnya. Tenang dan asyik aje. BDB memang kesukaan saya dan saya membesar dgn lagu2 itu.

    BalasPadam
  5. Apa lagu BDB yg paling popular bang?

    BalasPadam
  6. Banyak sungguh, boleh dikatakan setiap album BDB ni ada killer song masa tu. Antara yg masih diingati ialah Luka, Sayang, Relax, Bibir, Penghibur & pemberitahu, Jangan lukakan hatiku, Anikaragam, Khayalan dan banyak lagi...!

    BalasPadam
  7. Ic...satu pun aku tak tau, kalo dgr mungkin ingat. Ada lagu berjodol sendiri lagi, itu lagu BDB ke bang?

    BalasPadam
  8. Bukan. Utk info yg lengkap tentang BDB ni, cuba cari kat blog Sezali1970. Kat sana penuh full album BDB ni.

    BalasPadam