Terima kasih kerana melawat blog RETRO SOUND STUDIO
Retro Sound Studio

Selasa, 19 Mei 2009

Black Dog Bone akhiri konsert tiga malam - disiarkan di Utusan Malaysia pada 11/05/09

Black Dog Bone akhiri konsert tiga malam


PENYANYI utama kumpulan Black Dog Bone, Jatt (duduk kanan) bersama Rahim Othman melayani peminat di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Mei – Kumpulan Black Dog Bone (BDB) mengakhiri konsert tiga malam berturut-turut mereka di Istana Budaya dengan persembahan yang berjaya mengimbau nostalgia para peminat mereka di sini malam ini.

Konsert anjuran Istana Budaya sempena Hari Ibu merupakan konsert yang paling meninggalkan kenangan manis buat kumpulan berasal dari Singapura itu.

Menurut penyanyi utama BDB, Jatt, konsert yang bermula pada Jumaat lalu itu merupakan konsert yang bukan sahaja meninggalkan kenangan manis buat mereka tetapi berharap turut meninggalkan nostalgia kepada para peminat mereka.

“Konsert ini mendapat liputan paling meluas daripada media terutamanya akhbar Kumpulan Utusan yang tidak putus-putus memberi sokongan terhadap kemunculan terbaru kami di pentas kedua terbesar di negara ini selepas 32 tahun,” kata Jatt pada penghujung konsert tersebut.

Pada persembahan selama dua jam itu, BDB turut dibantu oleh Jay Jay dan Rahim Othman yang merupakan bekas anggota Kumpulan Carefree.

Hampir 1,000 penonton menyaksikan konsert berkenaan termasuk selebriti antaranya Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd. Jiwa, Penerbit Filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, pemain badminton negara, Roslin Hashim dan Imuda.

Turut hadir menyaksikan konsert pada malam tadi ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

2 ulasan:

  1. Walaupun konsert ni dah seminggu berlalu tapi aku post juga artikel ni kat sini sebagai kenanganserta untuk tatapan rakan-rakan MP dan generasiku yg akan datang.

    BalasPadam
  2. kalaulah aku duk kl mmg tak lepas peluang tgk ni

    BalasPadam