Terima kasih kerana melawat blog RETRO SOUND STUDIO
Retro Sound Studio

Rabu, 12 Mei 2010

15 tahun perjuang lagu Melayu di UK - dipetik dari Utusan Malaysia 13/05/2010

15 tahun perjuang lagu Melayu di UK


ELEMEN Melayu dan nusantara sukar dilekangkan daripada imej Art Fazil.


SEBAGAI anak kelahiran Singapura, Art Fazil mungkin boleh berbangga kerana dia dibesarkan dalam suasana hidup di kota metropolitan di republik tersebut. Namun, daripada sudut bahasa dan budaya berteraskan kemelayuan pula, tidak banyak yang boleh dibanggakan oleh penyanyi dan pemuzik berusia 43 tahun itu di negaranya.

Menyedari senario tersebut, Art Fazil atau nama sebenarnya Fazil Sultan tidak pernah jemu memperjuangkan budaya dan bahasa menerusi lagu-lagu nyanyiannya.

Walau di mana dia berada termasuklah sewaktu mengadakan persembahan-persembahan di luar negara seperti United Kingdom (UK) sekalipun, dua elemen itu tidak pernah dilupakannya.

Art Fazil yang sudahpun 15 tahun menetap di London misalnya, bangga menampilkan lagu-lagu yang sarat dengan unsur bahasa dan budaya Melayu di dalamnya seperti lagu-lagu rakyat.

Tidak hairanlah anak kelahiran Woodlands, Singapura itu sedia merakamkan lagu-lagu rakyat dalam album terbarunya berjudul Syair Melayu terbitan Life Records, baru-baru ini.

Menurut Art Fazil, selama lebih sedekad berada di ibu kota UK itu, dia terus memperjuangkan lagu-lagu Melayu dalam persembahan yang diadakannya di merata-rata kelab di sana.

Malah, bekas anggota kumpulan Rausyanfikir itu pernah menganjurkan London Malay Festival di London pada 2005 bagi mempromosikan budaya dan kesenian Melayu.

"Pada festival itu, kami menjemput wakil penggiat seni dan budaya Melayu dari negara seperti Afrika Selatan, Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.

"Setiap negara akan mewakili budaya Melayu masing-masing. Indonesia contohnya menampilkan tarian jaipong dan Malaysia tarian wau bulan.

"Saya lakukan itu dengan tujuan menyatukan bahasa, budaya dan kesenian Melayu yang boleh dikatakan serumpun," katanya selepas sesi fotografi dengan Hits baru-baru ini.

Tambah Art Fazil, festival yang diadakan di Victoria Hall, London itu telah dihadiri lebih 2,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum yang ingin mengetahui tentang budaya Melayu.

Singapura, KL dan London

Sebagai komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik, Art Fazil menjadikan London sebagai tumpuan utamanya dalam mengembangkan bidang seni yang diceburinya sejak 20 tahun lalu.

Pada masa sama, anak seni yang pernah dibesarkan di Skudai, Johor dari usia setahun hingga tujuh tahun ini juga terpaksa berulang-alik ke Singapura dan Kuala Lumpur (KL).

Kata Art Fazil, dia menghabiskan masa hampir setahun berulang-alik dari Singapura ke KL untuk menyiapkan pembikinan album Syair Melayu yang memuatkan lebih 10 lagu-lagu rakyat.

"Saya tinggal di London sejak tahun 1995 sehinggalah sekarang. Sewaktu di sana iaitu pada tahun 2005 idea untuk merakamkan album lagu-lagu rakyat itu mula tercetus.

"Idea ini bukan sesuatu yang baru kerana lagu-lagu rakyat sudah banyak kali dirakamkan oleh ramai penyanyi. Apatah lagi, lagu-lagu rakyat tidak diketahui siapa yang menciptanya.

"Ia mungkin sudah dinyanyikan secara turun-temurun 200 hingga 300 tahun lalu. Jadi saya ambil pendekatan yang sama tetapi mengolahnya dalam nafas yang baru," ujarnya.

Antara lagu yang dimuatkan menerusi album itu berjudul Nenek Si Bongkok Tiga dan Lagu Tiga Kupang di mana ia sesuai dihayati oleh semua pendengar terutamanya golongan kanak-kanak.

Jelas pemegang status pemastautin tetap (PR) British ini, dia akan menggunakan lagu-lagu daripada album itu bagi diketengahkan kepada kalangan generasi muda hari ini.

Idea dan kesedaran itu tercetus selepas Art Fazil banyak mempersembahkan lagu-lagu sedemikian tetapi sayangnya, ramai kanak-kanak hari ini yang tidak mengetahui kewujudan lagu-lagu tersebut.

"Pada tahun 2009, saya pernah menyanyikan lagu-lagu rakyat di di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Ma'wa di Singapura. Saya dapati mereka tidak pernah dengar lagu-lagu rakyat.

"Saya berasa agak terkejut kerana selama ini mereka mungkin membesar dengan lagu-lagu yang moden ataupun untuk orang dewasa. Sedangkan kita ada banyak lagu kanak-kanak.

"Kanak-kanak zaman dulu diajar bercakap melalui lagu-lagu rakyat, tetapi sekarang ini pertandingan karaoke untuk kanak-kanak pun disuruh menyanyikan lagu-lagu orang dewasa," katanya.

15 ulasan:

  1. Untuk tatapan sahabat MP sekelian yang tak sempat membeli akhbar Utusan Malaysia hari ini.

    BalasPadam
  2. Dikir Fikir !!
    hahha !!

    Art Fadzil memang Best !!

    agak TERUJA time 1st beliau berikan lagu pada album Papa Rock dulu - keliru ( 1988 ) !!

    BalasPadam
  3. bukan lagu orang kota ke bro....keliru aku

    BalasPadam
  4. Oleh ABD. AZIZ ITAR

    ini aziz = nocturnal belial = aradia = nebiras

    BalasPadam
  5. Jangan lupa jugak Zine kult - VORTEX !!

    BalasPadam
  6. vortex from the east aku masih simpan 1 dua kopi.....hehehe fanzine potostet

    BalasPadam
  7. aku pun ade lagi.
    KRENMAUT..AEDES..
    kene cari balik la ni bende semua...

    BalasPadam
  8. KRENMAUT - Ajax !!!!
    Baekkkkkkkkk !!!

    BalasPadam