
Iklan yang disiarkan di Tv Singapura tentang penjualan DVD Filem Muzikal yang popular pada tahun 1967. Filem muzikal hebat ini amat sukar didapati dan telah dikeluarkan dan diedarkan semula untuk pasaran di Singapura oleh Life Records Singapura dgn kerjasama Shaw Brothers. Bagi pasaran di Malaysia pula mungkin lepas raya. Tapi jika betul-betul berminat, hubungi saudara Rahim (Amcorp) di: 017-7136646. Harga RM50 (self collect) dan RM55 (termasuk pos).
Best filem ni!
BalasPadamkat amcorp pun dah ada di jual...
BalasPadamIye ke? Baguslah! Mcm kenal aje penjual tu....! Hehehe!
BalasPadamSedikit info tentang DVD A Go Go 67:
BalasPadamPOP YEH YEH
A GoGo '67 Lahirkan Bintang
Oleh
Hanim Mohd Saleh
NAMA-NAMA seperti Sanisah Huri, A. Romzi, S. Mariam, Siti Zaiton dan Orkid Abdullah popular sebagai penyanyi Angkatan Pop Yeh Yeh.
Tetapi tahukah anda mereka sebenarnya diperkenalkan menerusi filem terlebih dulu sebelum terkenal dengan kugiran masing-masing dan piring hitam tersendiri?
Secara tepatnya, para penyanyi berkenaan masing-masing mula menjadi sebutan para peminat setelah muncul dalam filem muzikal A GoGo '67, keluaran Shaw Brothers.
Ini didedahkan sendiri oleh pengarah muzik filem itu, penggubah veteran, Kassim Masdor.
Kassim, 73 tahun, ketika ditemui berkata bahawa filem A GoGo '67 dihasilkan sebagai inspirasi daripada kegilaan golongan muda mudi terhadap muzik The Beatles dan kumpulan muzik rock n roll dari Barat.
Ketika itu juga, kugiran-kugiran Pop Yeh Yeh juga sedang 'meletup'.
'Pengarah, Omar Rojik, penggubah, Yusoff B (Allahyarham) dan saya sendiri, ditugaskan Shaw untuk menjadi juri bagi sesi uji bakat untuk kugiran dan penyanyi yang ingin ditampilkan dalam filem ini.
'Ketika itu, nama-nama seperti Sanisah Huri dari The Terwellos, A. Romzi dari The Hooks, S. Mariam dari The Rythm Boys, Siti Zaiton dari The Hornets dan Orkid Abdullah dan Fadzil Ahmad dari Les Coasters, belum dikenali.
'Tetapi setelah mereka diperkenalkan, barulah mereka menjadi rebutan peminat di luar dan mula menghasilkan album bersama kugiran masing-masing,' cerita Kassim yang turut bertanggungjawab menguruskan teknik pentas filem tersebut.
Justeru, populariti lagu-lagu Pop Yeh Yeh yang masih bertahan sehingga kini telah mendorong syarikat rakaman Life Records untuk membeli lesen filem tersebut daripada Shaw Bothers dan menerbitkan semula filem itu untuk pasaran hari ini.
Filem itu kini dihasilkan bukan saja dalam bentuk DVD, bahkan menyertakan bonus VCD MTV Karaoke bagi kesemua lagu yang terdapat dalam filem itu.
'Semasa perundingan untuk membeli lesen pemasaran filem ini, pihak Shaw bertanya saya, mengapa dalam banyak-banyak koleksi filem Melayu yang mereka ada, saya pilih tajuk ini.
'Pertama saya melihat filem ini unik kerana ia berbentuk muzikal yang merakamkan era gemilangan Pop Yeh Yeh. Kedua, lagu-lagu daripada zaman tersebut sehingga kini masih diminati dan ada pasarannya.
'Ketiga, ia menampilkan ramai para penyanyi popular Singapura sendiri,' kata pengarah pemasaran Life Record, Osman Arrfin.
Filem induk filem itu telah diproses semula untuk mendapatkan mutu siaran yang sesuai dengan era digital.
Idea untuk menghasilkan semula filem itu sebenarnya timbul selepas Osman berbincang dengan Kassim mengenai projek 'karya emas' yang mengumpulkan lagu-lagu popular gubahan Kassim, daripada era Studio Jalan Ampas hinggalah ke era penyanyi pop Sanisah Huri, Rafeah Buang, Ahmad Jais dan penyanyi era '80-an, Aishah.
Penggubah kelahiran Singapura itu telah menghasilkan lebih 300 lagu.
Selepas kempen promosi DVD A GoGo '67, Life akan menerbitkan album koleksi emas Kassim Masdor.
DVD tersebut kini sudah berada di pasaran.
perkhk.....
BalasPadamdah ada jugak
BalasPadam