Suami Orkid Abdullah meninggal dunia
![]() |
|
KUALA LUMPUR - Lima hari selepas penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu, Datin Orkid Abdullah meninggal dunia, suaminya Datuk Mokhtar Omar (gambar) pula kembali ke rahmatullah pagi semalam.
Mokhtar, 70, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.15 pagi di Hospital Ampang dekat sini.
Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak 4 Mei lalu kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
Jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat dekat sini semalam.
Pada 13 Mei lalu, Orkid yang popular pada era 60-an meninggal dunia di hospital sama akibat penyakit ketumbuhan hormon yang tidak stabil.
Mereka memang benar-benar pasangan sehidup-semati. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan roh orang-orang mukmin yang beriman hendaknya. Al-fatihah untuk pasangan ini.
BalasPadamal fatihah
BalasPadamMay their soul rest in peace, amen.
BalasPadamAl fatihah
BalasPadam